KUMPULAN DAKWAH ISLAMIAH DARUL RIDZUAN. Powered by Blogger.

Tuesday, November 2, 2010

Aqeqah dan Korban yg mana didahulukan

Hukum melaksanakan ibadah Akikah adalah sunat Muakkad bagi setiap keluarga yang dikurniakan cahaya mata oleh Allah swt sebagai tanda ke...syukuran.Ini dapat digambarkan dengan hadis-hadis Rasulullah saw yang mensyariatkan ibadah tersebut seperti :

مع الغلام عقيقة فأريقوا عنه دماً وأميطوا عنه الأذى

Ertinya : ” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

كلُّ غُلامٍ رَهينٌ بعَقيقته، تُذبَحُ عنه يومَ سابعِه ويُسمَّى فيه ويُحلق رأسُه

ُErtinya : “Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Maka , jika dilihat kepada 2 hadis di atas , jelas kepada kita semua betapa dituntutnya dalam Islam untuk dilaksanakan ibadah Aqiqah.Berbeza dengan ibadah korban yang disyaratkan akan kemampuan untuk melaksanakannya , sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra :

من كان له سعة ولم يضح فلا يقــــربن مصلانا

“Barang siapa yang mempunyai kemampuan (untuk berkorban) , tetapi tidak mahu berkorban , maka janganlah ia mendekati tempat solatku”

(HR Ahmad : 8256 , Ibn Majah : 3123 , al-hakim : 4/231)

Hadis di atas jelas meletakkan “kemampuan” sebagai syarat bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah korban.

Maka , berdasarkan kepada hujah dan pendapat di atas , maka dapatlah disimpukan bahawa melakukan atau mendahulukan ibadah akikah adalah yang dituntut dalam Islam.

0 comments:

Zakat Kalkulator

Followers

  © Blogger template ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP